UM Home | Faculties, Academies, Institutes & Centres | Home | Logo  

Logo Rasmi KK9

LOGO KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED ZAHIRUDDIN

            

            Logo kolej ini merupakan sepohon pokok Bunga Tanjung. Ini kerana bunga Tanjung berpohon rendang dengan dahan yang teguh, batang yang tegap dan berbanir perkasa.

            Pokok ini melambangkan ilmu dan juga kewibawaan serta keunggulan seseorang pemimpin, maka penghuni kolej haruslah mencontohi sepohon pokok yang dapat memberi tempat untuk berlindung di mana daunnya tempat berteduh, dahannya tempat berpaut dan batangnya tempat bersandar.

            Lambang pokok ini mempunyai tiga akar yang terhunjam ke bumi. Ketiga-tiga akar ini melambangkan ilmu, iman dan ikhsan di mana tiga nilai ini harus ada pada semua insan apatah lagi seorang pemimpin yang berbudi, berwibawa dan unggul yang bakal menjadi tauladan untuk semua.

CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2014 University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my